
~ Manusia Dibinasakan Oleh Dua Sifat iaitu Kelebihan Harta dan Kelebihan Perkataan ~
~~ Sayangilah Sebuah Perkenalan Kerana Disitu Terciptanya Kemesraan dan Kenangi Sebuah Perhubungan kerana Disitu Terciptanya Kerinduan ~~
Persahabatan merupakan perkara yang amat dihargai oleh sesiapa sahaja. Namun begitu di sebalik sikap saling percaya mempercayai, sedikit perselisihan faham mampu menggugat persahabatan yang dibina. Tidak ada jaminan bahawa setiap persahabatan itu akan sempurna. Tetapi, jika dilakukan dengan baik dan penuh adab mungkin persabahatan tersebut akan kekal sehingga ke akhir hayat.
~~ Jadilah seorang kawan yang boleh diharap apabila sesuatu krisis berlaku. Perkara ini amat penting kerana bukan semua orang yang mampu berbuat demikian. Menjadi seorang kawan bermakna kadangkala seseorang itu perlu mengutakaman kepentingan orang lain daripada diri sendiri terutamanya apabila mereka mengalami krisis.
~~ Selalulah menggalakkan kawan melakukan yang terbaik dalam hidup mereka. Tetapi jangan pula mengharapkan kesempurnaan daripada mereka. Memang tidak dapat dinafikan, ramai orang akan mencuba untuk mencapai setiap perkara yang sukar untuk mereka lakukan, dan kesudahannya mereka akan gagal juga. Bersedialah untuk menjadi ‘penyambut’ mereka dan ucapkanlah tahniah daripada memperkecil-kecilkan kegagalan yang mereka hadapi.
~~ Percaya akan kebaikan diri mereka. Selalunya kawan-kawan akan memulakan perbalahan yang akan menjadi teruk berikutan dengan kurangnya kepercayaan antara satu sama lain. Bertambah teruk apabila terdapatnya penglibatan orang ketiga dalam memarakkan rasa marah antara anda dengan kawan anda. Sebelum terpengaruh dengan hasutan, selalunya percaya akan kawan anda terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan.
~~ Berfikiran terbuka. Sedihnya, banyak persahabatan menjadi renggang apabila seseorang itu mengetahui bahawa kawan mereka mempunyai sikap berat sebelah terhadap sesuatu persahabatan itu. Jika persahabatan anda itu penting, asingkan segala perbezaan pendapat.
~~ Jangan biarkan wang menjadi isu penentu. Tidak ada perkara yang lebih teruk dalam persahabatan yang berasaskan kepada ketamakan. Seseorang kawan itu tidak perlu dipilih berdasarkan wang dan pendapatan mereka tetapi daripada saiz hati mereka.
~~ Jangan buatkan penampilan seperti fokus persahabatan anda. Ketinggian, berat atau perwatakan seseorang seharusnya tidak perlu menjadi alassan di sebalik persahabatan yang dibina. Jika anda tidak dapat menerima seseorang itu berdasarkan apa yang terdapat di dalam hati mereka daripada apa yang kelihatan di luar, sudah pasti persahabatan anda itu akan berakhir dengan kemusnahan yang dapat dijangka.
~~ Jangan sesekali membelakangkan kawan. Sudah terlalu banyak kali, apabila seseorang itu berkawan mereka akan berpaling ke arah lain apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Untuk menjadi kawan yang baik, kemahiran mendengar cerita kedua-dua belah pihak adalah amat penting. Jika anda tidak dapat mendengar anda tidak dapat belajar. Dan jika anda tidak dapat belajar, tidak ada pengalaman yang boleh anda perolehi.
~~ Percayalah kepada kawan anda apabila mereka menceritakan tentang masa silam dan tentang perasaan mereka terhadap anda. Selain itu, bersikap sanggup dalam membalas kepercayaan mereka itu.
~~ Jangan sesekali bergosip mengenai rahsia kawan anda. Tidak ada perkara yang boleh memusnahkan persahabatan anda dengan lebih mudah daripada mulut yang celupar. Apa yang dikatakan sebagai rahsia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
~~ Bersikap baik hati terhadap orang lain. Dengan bersikap sedemikian lebih ramai yang mahu untuk menjadi kawan anda.
~~ Jangan menjadi seseorang yang terlalu suka mengkritik. Cara ini akan membawa kepada perselisihan faham yang sekali gus akan membawa kepada pertengkaran tanpa diduga. Sebaliknya, kritiklah hanya apabila ia memberi kebaikan kepada orang yang dikritik. Lakukan pada waktu yang sesuai dan dengan penuh adab supaya tidak menyebabkan rasa malu.
~~ Kekalkan sikap positif jika boleh. Tidak ada orang yang sukakan mereka yang perengus dan pesimis.
~~ Bersikap sanggup memberi. Kadangkala apabila seseorang kawan itu memerlukan bantuan, ramai yang akan melupakan tentang mereka. Perkataan ‘itu bukan masalah saya’ sering keluar daripada mulut. Dalam kes persahabatan, tiada apa yang lebih penting daripada kebenaran. Belajarlah memberi tidak kiralah jika ia wang, nasihat atau apa sahaja perkara yang diperlukan oleh kawan anda.
~~ Berfikir untuk diri sendiri di sebalik tentang diri anda. Tiada orang dapat membantu orang lain jika mereka menghabiskan lebih banyak masa memikirkan tentang diri mereka daripada orang lain sehinggakan mengakibatkan orang lain terpaksa membuat keputusan untuk diri mereka pula.