August 28, 2006

~Merdeka~

Assalamualaikum wrt. wbt. ada lagi 2 hari saje lagi negara kita nk nk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 49 tahun. hhmm...walaupun dh 49 tahun negara kita ni merdeka tp rasanya ramai lagi rakyatnya yg tk merdeka. ye lah bermacam2 masalah kat negara kita sekarang ni. tk tau nk ckp camna...paling teruk masalah sosial remaja dan masalah dalam konflik politik negara. kalaulah perkara ni tidak dpt diselesaikan maka aku rasa negara kita belum lagi merdeka dari segi masalah ni. hhmmmmm...tp walau ape2 pun kita kena ucapkan jutaan terima kasih kepada perdana menteri kita yang pertama kerana telah bertungkus-lumus untuk mencari kemerdekaan negara yg pertama pada tahun 1957. Tak lupa jugak kepada PM kita yang lain2 tu, kerana dapat menjaga kepentingan negara sehingga sekarang cuma masalah sosial dan konflik politik jer masih kucar-kacir. Kalau dh org melayu kucar-kacir maka bangsa lain akan bertepuk tangan tanda gembira dan akan amik kesempatan di atas perkara ni. orait...pepun..kita sambutlah kemerdekaan negara kita yg ke 49 tahun ni dengan melakukan perkara2 yang berfaedah utk diri kita dan juga negara. aku bangga jadi anak malaysia. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!...luv malaysia....





















Perdana Menteri Malaysia sekarang - Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir:
26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.


























Perdana Menteri Malaysia yg ke4 -Tun Dr Mahathir bin Mohammad (dilahirkan pada
10 Julai, 1925; juga digelarkan sebagai "Dr. M") adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai, 1981 sehingga 31 Oktober, 2003, beliau menjuruterakan modenasisi yang pantas sekali dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terutamanya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walaubagaimana-pun, beliau sentiasa dikritikkan atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan yang bersifat kronisma. Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang terus terang dan yang bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asiakapitalisma autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisma Amerika Syarikat dan kapitalisma dasar tidak campur tangan (laissez-faire). Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara.


























Perdana Menteri Malaysia yg ke3 - Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".


























Perdana Menteri Malaysia yg ke2 - Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (
11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".


























Perdana Menteri Malaydia yg Pertama - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (
8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

August 15, 2006

~hmmm~

Hi, dh lama jugak tk update blog aku nih. bz sket semenjak dua menjak ni. D'U dah transfer kat opis baru. dia dh jadik Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan. hhmmm...tahniah buat my x-KBG. so, smlm b4 aku balik aku singgah kat opis dia. tapi aku tk pegi berseorangan, dah tentu lah aku ajak member2 aku yg lain..giler ape aku nk p sorang2....hampeh ler...dh lah lama menunggu dia kat ruang legar opis dia tu..sbb terpaksa beratur cam nk beli nasi kat cafe plak..ye lah..ramai benor yg jmpa dia...hhmm...sampai masa kami sumer dptlah jmpa dia...cecewah....siap posing lah kan ngan dia...hehehhe...tak sangka dia sanggup mengalihkan sofa kat bilik dia tu semata2 utk kami berposing...hehehehhe...ape lagi...berposing sakan lah kitaorang...aku cam biasa...amik kesempatan dok sebelah dia masa posing tu...heheheh...hipokrit tu...tkpe...janji ada gaks gmbr aku ngan dia walaupun aku penah kena marah masa aku jadik PA sekejap jer utk dia...hehehhehe....tp kan, ntah camna bleh pulak aku minta kat sorang mamat tu amik gmbr aku berdua jer ngan D'U...hehehhe..kelakar tk...padahal aku mmg tk sker ngan dia..tp aku respect dia sbb dia bos dept aku, itu jer.....so, kita patutlah hormat dia sbgai bos even dia pernah marah aku cuma kerana perkara kecik sbb aku salah transfer call utk utk...hehehhee...dahlah..citer lama tu...usah dikenang...yg penting dia dah pegi jauh nun kat mahkamah...so, kami sumer di sini akan menempuh kehidupan bekerja dengan bos yg baru iaitu Tun Majid...ewwaahhh bos lelaki lah pulak...tk tau lah ragam dia camna pulak...kalau sama gak ngan D'U...tk tau lah haku..sib baik lah tun tu hensem..hehehhe...tp tk tau ler perangai dia hensem ke idak...hehehe..dgr citer dr kwn, dia ni gatal sket dan kalau buat kije serius man...adeeiii ni yg aku letih ni...kalau lah aku kena ganti jadi PA dia...abih aku...aku dh lah tk gemar ngan bos gatal2 ni....hhhhmmm...kalau dia buat hal..mau aku jerit biar satu opis dgr....hope aku tkkan kena ganti jadik PA ler...kalau dia serius, aku pun serius lah...hehehhe...walaupun kije yg aku nk buat tu aku tk gheti nk buat...lantaklah kan...kije aku bukannya mengganti PA...lantaklah...bila aku dh buat lah tkde lah sape2 nk suruh aku ganti kat ctu...hehehhe...jahat tk aku...lantaklah kan.....hhhmmm....tp kan..aku sedih actually dgn ketiadaan D'U ni..ye lah...walaupun dia garang nak mampus...tp bab kewangan dia tk lokek lah...hhhmm..tk merasa lah duit raya dr dia tahun ni....hhmm...bila pulak masa aku nk transfer ni....rasa jugak bosan duk kat cni..walaupun tk byk..tp sikit tu ada lah...tkpe..aku tggu jer..sabar...sabar itu separuh daripada Iman....InsyaAllah...kalau ada rezeki aku akn transfer jugak....ceriakan hari2 aku ngan berita2 yg gembira dan senyum selalu....cau...

August 09, 2006

~Hepi Besday~





















Hepi besday Nur Mazreen
Semalam 8.8.2006.....besday kakak yg ke 5 tahun. hhmm....mcm tk percaya jer yg dia dh besar. ingat lagi saat aku melahirkan dia, aku mula sakit perut lebih kurang pukul 2 pagi. tapi aku still bleh tahan lagi lah. aku kejutkan abg, ckp aku sakit perut peh tu asik pegi toilet jer. peh tu abg kata belum lagi tu. peh tu aku sakit lagi dlm pukul 5 pagi. aku tk bleh tahan sbb sakit memulas2 plak. aku p toilet lagi...hhhhmm....tk gak nk kuar...aku masuk tido semula tp tk bleh tido sbb sakit. aku tk kejutkan abg sbb aku bleh tahan lagi. pukul 6.30 aku dh mula sakit yg kerap jugak lah. tp aku bleh tahan lagi. aku kejutkan abg. sesambil tu bersiap2 utk gi sepital. aku rasa nk nangis pun ada gak time tu. ye lah...sakit kan...aku tk bleh nk kata lah sakit camna...tp perut tu memulas2 lah...aku p umah mak, bwk mak skali p sepital. mak bleh ckp belum lagi nk kuar tu...adeeiiii aku dh berpeluh2 menahan sakit ni...abg relaks jerk...hampeh...bila smpai spital, doktor buat check-up, dia kata baru bukak 1 cm...adooiii....nak nangis aku...sakit bagai nk giler dia kata baru bukak 1 cm jer...mcm tak caya lah pulak...tp aku sabar...aku di bawa masuk wad sbb pintu rahim dah bukak 1 cm. hehehhe...yg kelakarnya...sakit2 gitu pun aku lapar gaks lagi...tp aku tk larat nk makan sbb rasa sakit tu datang bila2 masa dia suka jer....dh lah tkde eksperiance, aku tahan sakit tu sampai meleleh air mata...mak kata..sabar lah....camtulah mak dulu masa nk beranakkan aku...ye lah kan anak sulong. D'pendekkan citer...dalam kul 2.00 ptg pintu rahim aku dh bukak 4 cm...kelakar nye pulak bila setiap kali nurse lalu derang mesti tanya...sakit ke dik...maybe derang tgk muka aku berpeluh2 kot...hehehhe...tp betul..mmg betul..aku menahan sakit sampai bermandi peluh. peh tu aku dimasukkan ke wad bersalin..berdebar2 mcm nk jatuh jantung aku bila kena tolak masuk dlm tu...aku disiapkan dalam satu bilik utk proses mengeluarkan kakak ler....aku kena cucuk sana, cucuk sini...aku pun tk tau ape yg dia buat lagi..sbb aku leka menahan sakit. kul 6.44 ptg aku selamat melahirkan kakak yg beratnya 3.25kg....perrgghhh...semangat tu dia....syukran...syukran...aku selamat melahirkan kakak....lps kakak kuar...doktor meletakkan dia kat dada aku...time tu lah aku ghase naluri seorang ibu tu tetiba wujud kat dlm diri aku...kalau tidak aku tkde perasaan mcm tu pun. kakak baring diam jer kat dada aku...Ya Allah...terima kasih ngan anugerah yg Kau berikan...alhamdulillah...hhmmm...lps tu pulak satu perkara yg aku sendiri tk paham berlaku ke atas diri aku. doktor ckp rahim aku lmbt nk kecut then bleding pulak...adeeiii.....aku dahlah tk bleh tgk darah...aku sure pitam nyer...doktor seluk tangan dia kat dalam rahim aku...adeeiii...sakit weii..aku ghase nk nangis...dia kuarkan darah kat dalam rahim aku. peh tu dia injection aku utk bagi rahim aku cepat kecut..tidak nanti aku bleding jer...aku siap sound doktor tu...dahlah tangan dia besar...aku sound dia..doktor...apsal buat sy camni...sakitlah...bkn doktor yg sakit..sy yg sakit tau...jgnlah camni...heheheh..kelakar kan..pesakit pulak yg sound doktor buat gitu..ye lah...aku bengang lah...dah lah tangan dia besar...doktor India pulak tu...sib baik dia pompuan...kalau lelaki mau malu sampai kuar wad aku. sib baik doktor tu tk marah...hehehhe...dia ckp..aku bleding nanti aku kurang darah...nanti aku pitam...yg sememangnyer aku dh pitam tgk darah tu.....masa aku bersalinkan kakak ni...aku mmg byk kuar darah....aku tk tau nape...mak kata kakak kembar darah..hhhmm...ntahlah..tk tau lah aku...aku dgr je lah...aku ingat aku dh aku lah lps aku kena buat benda2 gitu tu...aku kena injection lagi sbb aku bleding lagi...hampeh betul lah...dahlah aku letih meneran..peh tu letih kena baring atas katil yg tk bleh nk gerak2 sgt..sbb kecik...peh tu letih kena seluk lagi...aku dikeluarkan dr wad bersalin tu pukul 10 mlm...bygkan lah bape lama aku kena baring....mau tk kebas pingggang...seluruh badan aku sakit. rasa kejang...tk bleh nk bergerak...bila aku bangun jer...aku dpt rasa darah byk kuar...smpai aku tumpah darah...abis lantai penuh ngan darah....aku rasa wad tu berpusing2 jer...aku tk bleh wat ape2....hhhmmm...tp bernasib baik sbb 2 hari jer dok dlm wad...kalaulah lebih dr tu mau aku menangis...tk sanggup tu...tk beshh...hhmm...tu lah dia...sejarah kelahiran Nur Mazreen bt Mazlan...i luv u sayang...

hhmm...pasal sambutan besday dia pulak...letih aku melayan bebudak tu...mn taknya...sebok mintak belikan kek...dpt lah mkn kek coklat yg semmgnya feveret dia...hhmm...adik tgk jer kakak tiup lilin...aku rasa sure dia pelik apsal kakak dia tiup lilin tu...hehehhe...peh tu dia pun nk tiup gak....adeeiiii...tk ramai pun yg aku jemput cuma makcik2 aku sbelah umah jer...termasuk my mum and daddy...and adik2 aku ler...dan juga anak buah kesayangan aku..syakir...hr ni aku letih sgt sbb tido lewat mlm td sbb mengemas umah ler....pepun...harap kakak hepi ngan sambutan besday dia yg tk seberapa tu...walaupun kek kecik tp bermakna...hhmm...poksu dia bg hadiah buku...pakcik aidil dia bg hadiah dompet...hehehhe..yg lelain tu bg hadiah duit jerk...tp awal2 aku dh masukkan dlm tabung dia..kalau lmbt abih dia buat beli benda tk berfaedah...tau2 duit dia hilang jer...cicir...sker berjalan....hhhmm...itu lah dia...so, tggu besday adik pulak bln 11 ni...

August 02, 2006

~Relaks~


Hari ni aku lewat lagik sampai tmpt kije..hahahha...hampeh..merahlah kan (pepaham je lah...). mlm td lepak, tido umah mak. hhmm..dh lama tk tido sana. malam td dptlah makan beramai2 ngan mak, ayah, adik2 aku dan ipar aku. kebetulan derang pun mai umah mak. seronok pulak tu, tp sayangnya abg tkde. outstation kat melaka. neway, i'm hepi last night. ye lah mak siap masak rendang ayam lagik tu. mau tk besh. aku dh lah dh lama tk mkn rendang ayam..pergghhh...sedap siot...aku mkn sampai 2 ketul. hehehhe...anak aku sebelah menjeling jer sambil perli.."mama ni mkn byknyer mlm ni"....hehehe...dia paham sbb selalu aku jarang mkn mlm dan kdg2 tk mkn malam langsung. aku tido kat ruang tamu jerk. depan tv. maleh lah nk masuk bilik. panas lagik tu. hhmm...sib baik sofea ngan eren selesa. aku???? aku tk kesah....hehehhe...janji mata aku lelap. hehehhe...yg kelakarnyer mak ngan ayah pun tido kat ruang tamu gaks...hehehe...seronok lah...tu lah aku lambat hr ni. hhmm..tkpe janji aku sampai gaks kat opis kan. hhmm...tk sabar lah nk tggu abang balik. ye lah..lama tul p melaka tu. hhmm...sib baik p buat kije kalau p mancing mmg kena bebel ngan aku lagik lah dia. dh lah kitaorang dok sembang pasal citer hantu...peh tu kat tv kuar lah pulak citer hantu siam...hampeh..sib baik mata aku ni dh pedih nk lolap...selamat lah ketakutan aku nk menular smpai hr ni...hehehe...aku tk minat tgk citer hantu actually...yelah...ntah ape2 ntah...hehehhe...hakikatnya aku mmg takut...ye lah aku selalu gaks kena tggl ngan abg. mau tk takut even umah sendiri sekali pun...ye lah ada satu kes ni lah masa ereen kecik lagi. dia asik menangis jer. bila nk maghrib jer dia sure menangis sampai ler nk masuk isya'..mau tk letih kan...kesian pun ada gaks sampai dh tk kuar suara dia nangeh....last2 mentua aku p antaq berubat cara kg. hhhmmm...pakcik tu kata umah aku tu ada org tumpang...makhluk Allah tu sker usik2 anak aku. thats why dia nangeh jer...sampai pakcik tu mai umah lah, pagar umah aku. aku tk tau lah pulak dia pagar tu camna. tp abg ckp dia simbah ngan air sambil bara ayat al-quran. abg yg ckplah sbb dia ada masa pakcik tu buat. dia siap ikut belakang pakcik tu lagik. dia ckp seram, meremang jugaklah masa mlm dia buat tu. hehehhe...takut jugak dia. aku tk nk percaya sgt benda2 camtu tp dh abg yg sebok nk buat, aku ngikut je lah..kang kecik ati pulak kan...opss....betul tk...kita tk bleh nk percaya sgt benda2 macam tu nanti syirik pulak...Tuhan yg menentukan segalanya kan. lopeh tu ereen dh tk nangeh2 lagik dh...bila dpt sofea, tk pulak benda2 pelik tu terjadi...hhmmm....kuasa Tuhan kan.