November 25, 2008

Diet...

Buah turunkan berat badan

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Sumber: Berita Harian


hhhhmm.....aku kdg2 berdiet gaks...tp terlanggar terbabas bagai nak rak gaks...huhuhuh...pepepun...aku akan tingkatkan daya berdiet aku untuk tahun depan....insyaAllah...

November 20, 2008

~kerja~

salam....
hai!!!
lama rasanya tk update blog nih. skrg nih aku tanggung kerja elif. tahniah kat elif sbb dh dapat baby yang dikandung selama 9 bln itu. hehehe..comei jerk baby dia..elif dapat baby boy. nama mohd almys. masuk hari ni dh lebih kurang 27 hari aku ganti tempat dia. mmg byk kije but ok jerk lah. dh biasa keje byk. mujur dapat bos yg baru nih. yg lama dh pindah kat tribunal di damansara. bos yg baru ni ok cikit lah dr yg dulu. cuma dia kena byk study pasal kes2 yang belambak ni lah.

hhhmm...skrg nih aku minat plak nk baca blog si mazidul tu. best jgk topik2 yg dia bukak. menarik dan info terkini lah kiranya. hehehe..bknnya ape...aku ni jarang nk baca paper. time gajin tu bleh lah aku layan. kalau idak..kirim salam lah. aku lebih sker baca blog2 or buat editing gambar or create something yg aku minat. mcm aku create 1 buku untuk kids aku ker...mcm gitulah...hehehe...

hr ni rasa rileks ckit coz bos meeting kat bangi...waacchhaaa....aku bleh buat ape yg aku sker. tp kije yg lain tetap aku buat jgk. dh setel keje aku pun ape lagi..layan lah projek aku. hhhmm...tp kol masuk belambak jgk..letih tul lah layan org-org yg byk hutang nih...hhhmm...okeylah..rasanya tkde ape yg nk dibualkan lagik. cau cin cau....