February 23, 2012

....SAYU HATI INI.....

Salam..Walaupun aku tidak mengenali adik faris ni dengan lebih rapat, tetapi bila mengetahui berita dia dimasukkan hospital dengan penyakit yang tidak disangka-sangka oleh semua orang membuatkan hati saya sayu sangat. Hendak pulak bila tengok gambar dia yang sungguh comel semasa sihat nyer...Ya Allah Engkaulah Maha Penyayang...Aku menitiskan air mata bila melihat gambar dia yang berselirat dengan wayar sambil menitiskan air mata....Ya Allah, Kau lindungilah anak-anak aku Ya Allah..Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....Amin...aku kongsi beberapa keping gambar yang aku amik dari blog abang mazidul...

FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH

"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.


Al-Fatihah.




Itu catatan ayah Faris di laman Facebook nya kira-kira sejam lalu.

Jam 9.43 pagi tadi, Sham menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya ...

'He is very critical now'


Hemat saya, kedua ibu bapa anak terbabit telah melakukan usaha terbaik untuk melihat anak mereka sembuh. Untuk rekod, hari ini masuk hari ke 23 Faris dirawat di Sime Darby Medical Center.

Berikut gambar dihantar oleh Sham kepada saya petang tadi.


Selepas menjalani rawatan kimoterpi semalam, Faris dilaporkan tidak berdaya membuka mata sepenuhnya.

"Cuma pagi tadi, ada sekejap dia cuba membuka mata tetapi tidak berjaya, mungkin kerana tubuh kecilnya terlalu kepenatan," tambah Sham.

Saya percaya kisah Faris telah dihebahkan di dalam ribuan blog dan emel di Malaysia. Anak kecil sebelum ini ceria, bebas bergerak seperti anak kecil lain, kini terlantar kesakitan akibat HLH atau barah darah.

Berikut gambar Faris ketika sihat.


Ini pula gambar anak kecil berusia 6 tahun itu ketika saya menziarahinya 2 hari lalu.


"Jika Allah lebih sayangkan Faris, saya reda dan rela berbanding melihat keadaan dia sekarang, menderita kesakitan. Doktor melaporkan, paru paru Faris sudah tidak mampu mengembang dan mengempis secara sempurna manakala seperti Mazidul tengok dua hari lalu, hanya 48% daripada udara dari mesin oksigen masuk ke dalam tubuhnya," jelas Sham.

Saya terdiam.


"Hari pertama Faris dimasukkan ke hospital, ibunya macam hendak pitam. Pada mulanya saya ingatkan kerana dia terlalu kepenatan. Setelah diperiksa oleh doktor, isteri saya disahkan mengandung dua bulan," tambah Sham.

"Syukur," balas saya ringkas.



Bila menatap gambar2 ni semua.....Aku akan lebih menyayangi anak-anak aku walaupun derang nakal macam mana sekali pun......Ya Allah....kau tabahkan ibubapa arwah adik faris nih....Amin..

No comments: